PENAMPANG: Cubaan seorang lelaki menipu isteri kononnya dia mahu mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri terbongkar selepas dia dicekup ketika berjudi dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Putatan Baru, dekat sini, tengah malam semalam.
Dalam Op Dadu kira-kira jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 53 tahun bersama dua individu lain tidak menyedari premis itu dikepung menyebabkan mereka gagal meloloskan diri sebaik diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Difahamkan, sebaik ditahan, lelaki separuh abad itu merayu kepada polis supaya dilepaskan dengan alasan bimbang dimarahi isteri.
Selain itu, lelaki terbabit mengaku memberi alasan kepada isterinya untuk mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri rakannya.