Pagi semalam beberapa orang pelanggan SSM yang tengah berurusan di Kaunter Pendaftaran Perniagaan (ROB) Tingkat 14 di Bangunan KL Sentral ditegur oleh seorang wanita yang cukup mesra. Wanita tersebut bertanya khabar dan bertanya tentang urusan mereka dengan SSM. Wanita tersebut bertanya tentang prestasi perkhidmatan SSM. Kesemuanya memberi maklumbalas yang positif tentang perkhidmatan SSM ini. Ramai yang mengatakan perkhidmatan di SSM kini semakin bagus dan cepat.
Wanita berkenaan, memberitahu kepada pelanggan SSM supaya tidak segan-silu memberi sebarang pandangan, idea dan aduan bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan SSM yang akan datang. Selepas berbual selama beberapa minit barulah mereka mengetahui bahawa itu merupakan CEO SSM.
Mereka terkejut dan terharu sebab berpeluang berbual dengan CEO SSM.
Inilah salah satu kelebihan SSM, yang mana CEO barunya amat mesra pelanggan tanpa mengabaikan kebajikan pekerjanya.
#WELOVEOURCEO
#WELOVESSM
#IAMSSM
“Perniagaan Anda Bermula di SSM”