TERIMA KASIH...KITA TERHUTANG BUDI PADA JOHNNY BEGUE!


Dia hanyalah pekerja biasa yang ditugaskan untuk membersih kawasan pantai di bandar Saint-Andre di Pulau Reunion. Minggu lalu ketika sedang mencari batu kecil untuk dijadikan lesung menggiling cili, Begue menemui 'objek aneh' yang dia percaya serpihan sayap pesawat.

Begue kemudian menelefon sebuah stesen radio kegemarannya untuk memaklumkan pada deejay bertugas, namun operator yang menjawab panggilan enggan melayannya kerana ingatkan ia cuma satu gurauan atau 'panggilan hangit'.

Akhirnya salah seorang rakan Begue melayari internet dan terjumpa artikel mengenai MH370 lalu memaklumkan kepada pihak polis. Siapa sangka rupanya dalam berbilion penduduk dunia, Tuhan telah memilih beliau untuk menemui serpihan pesawat tersebut sekaligus menyelesaikan misteri 515 hari pencarian MH370!

"Saya tidak menyedari bahawa pergi mencari anak lesung untuk menumbuk cili menjadikan saya dikenali ramai," kata Begue.

Kita terhutang budi pada Johnny Begue, serius!

#prayformh370 #mh370
Previous Post Next Post