[VIDEO] Najib Lepas ‘Geram’ Panggil Peserta Bersih ‘Sekor-Sekor’

Mungkin terlalu ‘geram’ dan kecewa dengan penganjuran perhimpunan Bersih 4.0, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan perasaannya dengan menggunakan perkataan ‘sekor-sekor’ sebagai mengambarkan peserta yang menyertai perhimpunan tersebut.
Rakaman ucapan Najib yang dimuat naik Star TV yang dirakam dalam satu majlis di Kuala Terengganu itu nyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Dalam ucapan tersebut, Najib kelihatan meluahkan kekesalan terhadap perhimpunan Bersih, selain menyifatkan pihak terbabit tidak mampu memberi bantuan kepada rakyat khususnya masyarakat luar Bandar.
“Tuan-tuan ingat puak-puak yang terlibat dalam Bersih 4.0 semalam (Sabtu) tu nak buat Felda tak? Cuba tengok muka sekor-sekor tu.
"Sekor-sekor dalam surat khabar tv tu. Ada hati perut nak bangunkan Felda? Ada hati perut nak bangunkan kawasan luar bandar?
“Siapa berbudi pada masyarakat luar bandar melainkan kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya dipetik dalam rakaman tersebut.
Selain itu, Najib dengan lantang menegaskan demonstrasi jalanan yang diadakan itu tidak mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat, sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Sekali lagi saya nak tanya puak-puak Bersih ni boleh kita harap? Boleh kita mintak pertolongan?
“Jangan cakap nak mintak pertolongan, tanah perkampungan di Pulau Pinang pun dia orang nak ambil alih. Orang sana pun terdesak…kampung-kampung lama pun nak hilang. takde lagi pupus segalanya.
“Tapi kalau kerajaan yang ada hari ini pimpinan kita…Insha Allah masyarakat luar bandar akan terus mendapat pembelaan,” tegas Najib lagi.
Pada Ahad lalu, Najib hadir di Kuala Terengganu sempena Sambutan Hari Peneroka 2015 peringkat Kebangsaan.


Previous Post Next Post