[Vapor] Ingat pasaraya / tempat awam ni BAPAKK KAU PUNYA??


Menghisap vapor atau rokok elektronik di tempat awam bukanlah sesuatu yang ‘pelik’ dalam kalangan orang ramai termasuk lelaki mahupun perempuan, bahkan ia kini menjadi 'trend'.
Bagaimanapun, perbuatan menghembus asap vapor ‘sesuka hati’ di tempat terbuka boleh mendatangkan rasa kurang senang orang lain kerana ia dianggap sebagai kurang sensitif.
Situasi itu turut dialami seorang pengguna media sosial menggunakan nama Keith Looi apabila dia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki yang menghembuskan asap vapor di tempat awam tanpa mengendahkan orang ramai yang berada berhampirannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya 9 jam lalu, kejadian dikatakan berlaku semalam di sebuah kedai serbaneka Daiso di Sunway Pyramid.
Menerusi video tersebut, lelaki terbabit yang dikatakan bersama isteri dan dua anaknya kelihatan tidak berpuas hati apabila Keith menegurnya.
“Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam shopping mall dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ.
“Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah. Kami sebagai vaper tengah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan vaping scene kami tetapi ada vaper yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan usaha kami semua.
“Dengan mengatakan bahawa mereka berbelanja dengan duit sendiri dan ia adalah hak mereka untuk vape dimana saja yang mereka mahu. Mereka juga tidak berminat sama ada kerajaan kami akan mengharamkan vaping atau tidak,” tulisnya sebagai kapysen kepada video tersebut yang kini ditonton lebih 97,000 kali.
Menurut Keith, dia terkilan dengan sikap lelaki terbabit dan berharap supaya pengguna vape lain lebih peka kepada orang sekeliling.
“Saya berharap kita semua dapat bekerjasama untuk menyelamatkan vape scene kita. Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan vaping etiquette yang betul,” katanya.

 
Previous Post Next Post