Jagung Ganjil Jadi Perhatian Di Kedah

Setongkol jagung bersaiz besar dan ganjil milik seorang warga emas yang dikenali Khajah Ahmad, 74  menjadi perhatian orang ramai. 




Menurut anak kepada Khajah, Osman Jab, 40, dari Kampung Belantik. Ibu dia menemukan jagung tu di kebun diorang baru-baru ini. Dia sendiri pun terkejut tengok jagung yang dibawa pulang mak dia tu.

“Saya terkejut melihat jagung itu kerana ia ganjil dan lain daripada yang lain. Ia lebih besar daripada jagung biasa, isinya sebesar ibu jari, berwarna kelabu dan kehitaman,” kata Osman.

Difahamkan,  ibu Osman menanam jagung sejak beberapa tahun lalu untuk keperluan family diorang. Tapi tak sangka pula ada muncul jagung pelik kat kebun diorang.

“Dua hari lepas, ibu membawa pulang hasil tanaman jagung yang boleh dituai dan dia membawa pulang bersama jagung yang ganjil itu. Saya melihat isinya seperti cendawan dan tersusun elok seperti susunan butiran jagung biasa.

“Jagung ganjil ini hanya disimpan dalam peti sejuk dan jiran-jiran sering datang ke rumah untuk melihatnya,”kata Osman.
Previous Post Next Post