RIUH jadinya apabila sebuah gambar yang memaparkan sepasang pengantin yang baru bernikah menunaikan solat sunat bersama mendapat kritikan hebat dari pengguna media sosial.
Gambar tersebut mencetuskan pelbagai reaksi akibatkesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi kedudukan makmum pengantin perempuan yang tidak betul selain potongan gaunnya yang digunakan untuk bersolat adalah agak ketat sehingga memaparkan bentuk pinggulnya.
Bak kata seorang netizen yang memberi komen pedas terhadap gambar itu.
Suami bayar mas kawin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja, kataWan Mohamad Fadhli.
Bukan niat kami untuk menjatuhkan individu tersebut, namun perkara seperti ini adalah sebenarnya merupakan pengajaran untuk kita bersama.
Di dalam tata tertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula di belakang suami, bukanya ditepi suami.
Kedudukan ditepi imam itu adalah kedudukan untuk makmum lelaki.
Seperti mana gambar yang ditunjukkan oleh Ustaz Don mengenai kedudukan untuk bersolat bagi pasangan suami isteri, inilah kedudukan yang betul.
Perkara ini dijelaskan lagi oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi pertanyaan yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan solat jemaah antara suami dan isteri.
Semoga kita semua mendapat pengajaran bersama.