Untuk mengesan pemandu yang mempunyai saman tertunggak, pihak polis akan menggunakan kamera pengenalan nombor plat (ANPR) dalam tempoh 2 bulan akan datang.
Kamera tersebut yang akan dipasang pada kenderaan polis, mampu untuk mengesan kenderaan dengan nombor berdaftar yang mempunyai saman tertunggak berdasarkan pangkalan data Bukit Aman.
Kamera tersebut yang akan dipasang pada kenderaan polis, mampu untuk mengesan kenderaan dengan nombor berdaftar yang mempunyai saman tertunggak berdasarkan pangkalan data Bukit Aman.
Polis boleh menahan kenderaan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pemandu. Kamera tersebut akan diletakkan di kawasan strategik termasuk 9 pintu masuk dan keluar ke dalam negara.
Ketua Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Fuad Abdul Latif berkata, polis akan dapat menangkap ‘pesalah tegar traffik’ melalui penggunaan kamera tersebut.
Ketua Trafik Persekutuan, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Fuad Abdul Latif berkata, polis akan dapat menangkap ‘pesalah tegar traffik’ melalui penggunaan kamera tersebut.
Selain dari untuk menangkap pesalah traffik, penggunaan kamera ini juga dapat mengenalpasti kenderaan yang digunakan dalam aktiviti jenayah. Melalui sistem ini akan membolehkan polis bekerja dengan lebih bijak dan mengurangkan sekatan jalanraya yang menyebabkan kesesakan lalulintas.