Kereta Hilang Kawalan, Fara Mendoza Nyaris Maut


Pelakon baharu, Fara Mendoza nyaris maut apabila kereta Toyota Vios yang dipandu terbalik selepas hilang kawalan dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, pada Isnin.
Fara atau nama sebenarnya, Noor Faralina Md. Yunus, 25, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Projek Memikat Suami berkata, ketika kejadian pada pukul 4 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Setapak selepas bertemu kakaknya di Subang, Selangor.
“Tiba-tiba, saya ternampak melalui cermin pandang belakang ada sebuah kereta dipandu laju serta berada dalam keadaan luar kawalan menuju ke arah saya. Disebabkan ingin mengelak daripada dirempuh, saya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik.
“Saya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Alhamdulillah, saya amat ber­syukur kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Beberapa bulan lalu, nama pelakon ini menjadi bualan hangat ramai ekoran kontroversi pendedahan kononnya dia digoda pelakon popular Fizz Fairuz.

Post a Comment

Previous Post Next Post