AS Tawar AS$5j Tangkap Penyeludup Pejuang IS


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menawarkan AS$5 juta ganjaran kepada sebarang maklumat sehingga tertangkapnya warga kelahiran Arab Saudi yang menjadi suspek utama penyeludup pejuang asing ke Syria.
Jabatan Negara AS berkata, Tirad al-Jarba, yang turut dikenali sebagai Abu Muhammad al-Shimali, adalah anggota kanan Kumpulan Negara Islam (IS).
Al-Jarba sudahpun berada dalam senarai pengganas yang dikeluarkan AS dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menguatkuasakan larangan perjalanan dan pembekuan aset.
Menurut senarai sekatan PBB, Al-Jarba berusia 35 tahun dan Jumaat ini usianya 36 tahun yang berasal asal dari Arab Saudi dan pernah menjadi anggota Al-Qaeda.
Jabatan Negara AS mengeluarkan notis orang yang dikehendaki semalam dan menegaskan Al-Jarba adalah pemimpin IS di pekan Jarablus, sempadan Syria dengan Turki.
Dari sana beliau menguruskan kemasukan pejuang IS dari negara asing seperti Australia, Eropah dan negara Asia Barat sementara tugasnya yang menguruskan pusat merekrut pejuang di Azaz.

Post a Comment

Previous Post Next Post