Seorang warga emas meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta putus telinga akibat dipukul berkali-kali oleh anak lelakinya yang dipercayai sakit mental di Kampung Baru Hujung Repek, Bachok, awal pagi tadi.
Mangsa yang bangun untuk menunaikan solat Subuh diserang secara tiba-tiba oleh anaknya itu menggunakan kayu dan buluh.
Melalui satu kenyataan, Ketua Polis Kelantan Datuk MAzlan Lazim berkata, sebaik sahaja mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai insiden berkenaan, pihak polis terus bergegas ke lokasi dan tiba jam 5.30 pagi.
Suspek yang menyedari kehadiran pihak polis cuba hendak meloloskan diri tetapi berjaya ditahan, seperti yang dilaporkan sumber berita Sinar Harian.
Warga emas berusia 71 tahun itu disahkan meninggal dunia.
“Suspek sangat agresif menyebabkan pergelutan dan polis mengambil masa yang lama untuk menenangkannya sebelum berjaya menahannya,
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.