Seorang lelaki bernama William Hudson (33) telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan kes pembunuhan yang meragut enam nyawa di sebuah tapak perkhemahan di Texas, hujung minggu lalu.
Menurut Greg Taylor, sherif daerah Anderson berkata, mayat keenam-anam mangsa telah ditemui di kawasan terpencil di daerah Anderson, Tenggara Dallas, lapor sumber berita antarabangsa, AP.
Setakat ini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang motif pembunuhan itu dan bagaimana mangsa-mangsa tersebut dibunuh.
Identiti mangsa pula masih belum dikenalpasti.
Ahad lalu, mayat seorang lelaki dan seorang wanita telah ditemui dalam sebuah treler milik seorang pengembara di sebuah tapak perkhemahan terletak berdekatan dengan rumah suspek.
Manakala empat lagi yang dilaporkan hilang telah ditemui tengah hari Isnin lalu di sebuah kolam di atas tanah suspek.
Hudson pula dikenakan ikat jamin sebanyak AS$ 2.5 Juta bersamaan dengan (RM 10.5 Juta) sementara menanti hari untuk dibicarakan.