Facebook Bakal Lancar Ciri Bantu Tangani Golongan 'Rentan'


Laman sosial paling popular, Facebook akan melancarkan satu ciri khas untuk mereka yang baharu berpisah dengan pasangan.
Ia diwujudkan bertujuan untuk meredakan tekanan dengan cara mengaktifkan satu opsyen sebaik sahaja status perhubungan ditukar.
Opsyen ini membolehkan pengguna menghadkan apa yang dimuat naik oleh bekas pasangan mereka.
Ciri ini dapat mengelakkan pengguna membuat tindakan drastik dengan mengeluarkan bekas pasangan mereka daripada senarai rakan.
Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat ujian di Amerika Syarikat.
Facebook dalam kenyataannya menjelaskan pihaknya berharap kewujudan ciri ini akan dapat membantu pengguna mennghadapi tekanan putus cinta dengan lebih tenang dan selesa.

Post a Comment

Previous Post Next Post