FERRARI KEMALANGAN SEJURUS KELUAR DARI SHOWROOM..


Sebuah LaFerrari, antara kereta paling mahal di dunia, terbabit dalam kemalangan sebaik keluar dari kedai menjualnya selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu.

Kejadian berlaku di jalan raya yang sibuk di ibu negara Hungary ini beberapa hari lalu dan dirakam oleh rakan pemandunya yang memandu kereta lain.

Mulanya, pemandu berkenaan dilihat mengendalikan kereta berharga RM6.55 juta itu dengan baik. Bagaimanapun, apabila tiba di satu selekoh, dia mungkin tertekan dengan kuat pedal minyak, menyebabkan kereta itu meluncur laju dan gagal dikawal.

LeFerrari itu yang boleh memecut 100 kmj di bawah tiga saat terbabas lalu melanggar beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan. Tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.

Ferrari hanya mengeluarkan 499 LaFerrari sejak awal tahun lalu. Kejadian di Budapest itu adalah keretanya yang keempat terbabit dalam kemalangan.

Post a Comment

Previous Post Next Post