MUSCLE CAR yang sangat terkenal dalam dunia permotoran, Ford Mustang kini sudah memasuki pasaran negara!
Memetik laporan Malaymailonline, kereta buatan Amerika Syarikat itu sudah mula dijual oleh pengedar rasmi, Sime Darby Auto Connexion.
Ford Mustang baharu yang menampilkan dua variasi enjin, 2.3-liter EcoBoost (turbo) dan 5.0-liter V8 ditawarkan dengan harga bermula RM488,888 dan RM598,888.
Menurut laporan itu lagi, kedua-dua enjin didatangkan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift.
Ford Mustang yang dipasarkan ke negara ini juga didatangi lima warna pilihan iaitu merah (Race Red), putih (Oxford White), hitam (Shadow Black), biru (Deep Impact Blue) dan Magnetic.
Malah, tambahan warna kuning Triple Yellow Tri-Coat ditawarkan untuk varian 5.0-liter V8.
Sumber: Sinar Harian