Ini Reaksi Anak Pertama Bila Dapat Tahu Ibunya Mengandung….Sangat Mencuit Hati.

Ini Reaksi Anak Pertama Bila Dapat Tahu Ibunya Mengandung….Sangat Mencuit Hati…Memberitahu anak pertama yang masih kecil bahawa mereka akan mendapat adik kadangkala melucukan. Reaksi mereka pasti mencuit hati ibu bapa. Mungkin ada yang gembira dan teruja dapat seorang adik dan boleh dibuat kawan. Tak kurang juga ada yang sedih dan mungkin marah kerana mereka fikir ibu dan ayah akan berbahagi kasih pula selepas ini.
Lihat video lucu yang kami kongsikan ini bagaimana reaksi seorang anak pertama begitu sedih dan membebel kepada maknya yang dia bakal mendapat seorang adik lagi.
Ayat pertama yang keluar daripada mulut budak lelaki tersebut selepas diberitahu ibunya mengandung adalah, “Apa yang awak fikirkan?”. Dia juga mempersoalkan tak cukup kah dengan dua orang anak dan mengapa perlunya seorang lagi adik.
Dia juga berleter kepada maknya bahawa dia tak tahan mendengar tangisan bayi dan menyuruh ibunya membelikan earplug nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post