KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan disaran menyediakan pilihan kepada atlet wanita Muslim berpakaian, kata ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan ahli Parlimen Lumut dari PKR Mohamad Imran Abd. Hamid dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, bahawa pemakaian seksi atlet wanita yang boleh membawa kepada zina.
Jelas Fathul, walaupun soal pemakaian merupakan pilihan individu tetapi kerajaan boleh mengambil langkah secara berperingkat untuk terus memupuk atlet wanita khususnya yang beragama Islam menutup aurat.
"Soal pakaian ini soal pilihan peribadi dan individu, jadi terpulang kepada individu itu mahu pakai macam mana dan cara macam mana.
"Cuma sebagai Muslim saya sendiri berpendapat dalam isu ini ia adalah tanggungjawab dan peranan setiap individu itu.
Kerajaan sendiri boleh mencadangkan kepada atlet-atlet kita berikan mereka pilihan pakaian," katanya kepada Berita Daily ketika dihubungi.
Kerajaan sendiri boleh mencadangkan kepada atlet-atlet kita berikan mereka pilihan pakaian," katanya kepada Berita Daily ketika dihubungi.
Mohamad Imran sebelum ini menyuarakan kebimbangannya terhadap pemakaian atlet semasa menyertai program riadah anjuran Kementerian Belia dan Sukan kerana menyifatkannya mengghairahkan dan boleh membawa kepada perzinaan.
Wakil rakyat PKR itu berkata, walaupun program seperti Hari Sukan Malaysia dan Fit Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan, pemakaian yang seksi di kalangan peserta akan mengundang kemungkaran.
Justeru beliau berharap pihak kerajaan dapat meneliti mengenai pemakaian atlet yang menyertai program riadah tersebut yang katanya menjolok mata.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin Abu Bakar semasa menjawab soalan Imran berkata, sepanjang program riadah anjuran kementeriannya, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai aktiviti zina selepas program tersebut.
Namun Fathul dalam pada itu, tidak menafikan kementerian tersebut sudah tentu akan menghadapi beberapa kekangan untuk melaksanakan usaha in namun ianya perlu dilakukan dengan konsisten.
"Walaupun untuk menetapkan mesti pakai boleh sebenarnya tapi dalam situasi sekarang ini mungkin ada kekangan-kekangan yang akan dihadapi oleh kerajaan. Contoh atlet tidak mahu pakai, jadi apa yang kita boleh buat?
"Jadi kerajaan mulakan dahulu seperti kaedah Islam, sesuatu yang kita tidak dapat semua secara sempurna jangan kita tinggalkan semua.

"Bermakusd kita buat secara berperingkat," ujarnya lagi.
Beliau yakin Khairy akan sentiasa terbuka terhadap cadangan seperti ini.
Sebelum ini, kontroversi pemakaian atlet negara tercetus apabila ahli gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dikecam gara-gara pakaian yang digunakannya menampakkan aurat semasa temasya Sukan Sea 2015 lalu.
Farah mendapat kritikan pengguna laman sosial yang tidak bersetuju dengan cara pemakaiannya yang tidak melambangkan wanita Islam.
Terbaru, dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Afiq Afify dan Mohamad Hafiz Mohamed Sufian, turut menerima nasib sama.
Mereka turut dikritik di laman sosial Twitter kerana pemakaian tidak menutup aurat dan menampakkan bahagian lutut.

Gambar kedua pelumba tersebut dimuat naik syarikat pembekal perkhidmatan kad prabayar Tune Talk di laman Twitter mereka sebagai menyatakan ucapan tahniah kepada atlet tersebut kerana memenangi pingat emas pada pertandingan Japan Para Cycling Cup 2015.