Zarina Anjoulie Mengaku Bersalah, Didenda RM5,000


Aktres dan model kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dijatuhi hukuman denda maksimum RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan positif dadah syabu tiga tahun lalu.
Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Zarina, 29, selepas dia mengubah pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pada perbicaraan peringkat pembelaan.
Ketika pertuduhan pertama kali dibacakan pada 8 Februari 2013, Zarina dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine ke atas diri sendiri di Pejabat Narkotik Balai Polis Damansara di sini pada pukul 8.10 malam 30 Di­sember 2012.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post