Zahirah Dedah Sikap Sebenar Zul Ariffin

Bermula dengan isu tersebarnya gambar menunjukkan berpegangan tangan dengan Zul Ariffin dan kemudiannya timbul pula kisah kononnya nyaris diculik bagi menutupi tersebarnya gambar berpegangan tangan tersebut.
Malah, dia dituduh pula menjadi punca gambar-gambar Ayda Jebat dipadamkan dalam laman Instagram hero drama Rindu Awak 200 Peratus itu.
Biar apapun tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya, pelakon Zahirah Macwilson berkata dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut sebaliknya bagi gadis kacukan Melayu - Australia ini, asalkan ada orang-orang yang menyayangi dan tahu siapa diri yang sebenar, itu sudah mencukupi.
“Orang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, mereka bersangka buruk pada saya. Hakikatnya, saya juga manusia biasa yang akan jatuh cinta dan ingin berkawan.
“Pembenci (haters) berada di mana-mana sahaja. Apa jua yang kita buat ada sahaja yang tidak suka. Asalkan famili tahu perkara sebenar itu yang penting. Saya tidak mahu ambil peduli orang yang mahu membenci diri ini
“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.
“Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Dalam pada itu Zahirah berkata, apa yang penting dirinya menyenangi Zul, seorang lelaki yang disifatnya sebagai 'family guy'.
“Persamaan diri saya dengan Zul menyebabkan kami serasi. Dia sangat rapat dengan famili dia, bahkan dia terlalu sayangkan ibunya. Sama seperti saya,” ujarnya yang bakal muncul dengan drama terbaharu Cik Cinderella dan Encik Tengku yang turut menampilkan Shukri Yahaya sebagai hero.

Post a Comment

Previous Post Next Post