Berita berakhirnya hubungan cinta antara Fathia Latiff dan Aiman Hakim beberapa minggu lalu sebenarnya mengejutkan ramai pihak lebih lebih lagi tidak berapa lama dahulu pasangan ini seperti sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama.
Namun, takdir Tuhan itu lebih kuat dan Fathia Latiff kini pun sudah akur dengan apa yang terjadi dan menganggap putus cinta bukan penghalang untuk dirinya meneruskan perjuangan dalam hidup lebih lebih karier beliau sebagai pelakon.
“Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita semua tidak sempurna. Malah kalau tidak, kita tidak akan belajar apa-apa tentang kehidupan. Tetapi saya tidak pernah kecewa andai perancangan saya untuk ubah sesuatu (ke arah kebaikan) dalam hidup itu terbantut di tengah jalan”
Belajar dari kesilapan dahulu, Fathia Latiff mengambil keputusan untuk tidak lagi mahu berkongsi kisah peribadi terutamanya kisah cinta kepada umum selepas ini.
“Apabila difikirkan kembali, ada banyak impak yang tidak baik diterima apabila kita terlalu mendedahkan cerita peribadi di media massa. “Saya perlu menolak untuk berkongsi cerita dengan umum. Kali ini pendirian saya tegas,” tambah Fathia Latiff.
Sedikti sedih kami di sini apabila Fathia Latiff ambil keputusan untuk tidak lagi mahu berkongsi tentang kisah cinta namun jika itu yang terbaik buat dirinya, kami sebagai peminat akan terima.

Sumber: rotikaya
Tags:
Osem