AKUI BERSEDIH : SAYA KURUS SEBAB TAK MAKAN MALAM - FASHA SANDHA


Meskipun mengaku yang dia sedang bersedih, namun Fasha Sandha sebaliknya menafikan yang kesedihannya itu menyebabkan dia kini semakin kurus. 

"Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam. 

"Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya. Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi 'serabai' dan tidak terurus. 

"Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu," jelasnya dipetik sebagai berkata. 

Malah ketika hadir baru-baru ini di majlis perkahwinan Kavita Sidhu dan suaminya, Roberto Guiati, Fasha yang hadir tanpa Jejai sempat mengelak soalan mengenai rumahtangganya. 

Fasha yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Datuk Susilawati, tetap mengunci mulut walaupun kerap diajukan soalan panas oleh media. 

 

"Saya tak makan malam, saya gantikan dengan kolagen Seputeh Salju. Ia bukan sahaja menjadikan kulit saya lebih cantik, malah perut saya sentiasa kenyang. 

"Saya minum dua kali sehari," katanya seolah mahu mengalihkan perhatian. 

Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada April tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Putra Rayfal dan Raysha Jemyma. 

 

 

 


Sumber: BH 

Post a Comment

Previous Post Next Post