Anak Kecewa Ayah Berubah Selepas Nikah Maria Farida


Anak Kecewa Ayah Berubah Selepas Nikah Maria Farida


Maria Farida baru sahaja mengahwini seorang lelaki berpangkat Datuk, iaitu Datuk Rahman Shakur yang merupakan suami bekas kawan baiknya sendiri.

Anak-anak Datuk Rahman sebelum ini mengecam ibunya kerena berperangai buruk tetai kini anaknya mula mengetahui tembelang Maria Farida.

Anak tiri Maria Faridak ini melahirkan rasa kecewa dengan perubahan sikap bapa mereka, Datuk Rahman Shakur dan pelakon tersebut selain mengabaikan adik-beradiknya.

Anak sulung, Nurshazleen Anis yang berusia 28 tahun, berkata pada mulanya semuanya baik-baik belaka tetapi perubahan mula terjadi selepas mereka berdua berkahwin dan hidup mereka adik beradik menjadi porak poranda serta terbiar.


Lebih mengejutkan, Shazleen turut mengaku bahawa dia sebelum ini dihasut untuk memburukkan ibunya, Karen Rahman melalui laman sosial dan dipaksa membuat kenyataan negatif dalam sebuah program hiburan. 


Ini luahannya:

“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi. Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri”

“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,”

“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy (Karen) yang sentiasa mengambil berat. Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,”

Shazleen mempunyai 5 adik iaitu Wan Nathasha yang berusia 22 tahun, Damia Caldia, 16, Cahaya Nilam, 14, Aishyea Rahman, 10 serta Qalif Ryan, 6.

Post a Comment

Previous Post Next Post