Azmil Mustapha Kini Semakin Pulih, Sudah Keluar Hospital

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

AKTOR popular era 1980-an, Mohd. Azmil Mustapha yang sebelum ini dilaporkan tenat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya kerana masalah jantung telah dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis.

Bagaimanapun, bintang yang popular menerusi filem Ali Setan ini masih berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan rapi.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik bongsunya, Mohd. Aziph Mustapha menerusi laman Facebook.


“Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

“Ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor telah disiapkan,” kata Mohd Aziph, 48, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.


Tambahnya, abangnya itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam status tersebut, Mohd. Aziph turut memuat naikkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Mohd. Azmil berkerusi roda diiringi anggota keluarga ketika meninggalkan Hospital Putrajaya.


Terdahulu, Mohd. Azmil dilaporkan terpaksa menggunakan alat ventilator dan diletakkan dalam keadaan ‘tidur’ di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya, Khamis lalu selepas mengadu sesak nafas dan doktor mendapati jantungnya berada dalam keadaan lemah.

Selain filem Ali Setan, Mohd. Azmil, 63, juga pernah membintangi filem lain antaranya adalah Mekanik, Suara Kekasih dan Driving School.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post