Bahana Produk Kosmetik, Muka Dan Badan Bertukar Merah Jambu

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

TINDAKAN seorang wanita yang tersalah guna produk kecantikan mengundang padah sehingga menyebabkan tubuh serta mukanya bertukar menjadi warna merah jambu selama tiga hari.

Abi Shenton menghantar kicauan menerusi Twitter kepada syarikat produk kecantikan Lushcosmetics untuk bertanyakan sebab badan serta tubunnya bertukar menjadi warna merah jambu selepas guna produk kecantikan.

“Hai @Lushcosmetics, adakah produk anda akan menyebabkan kulit bertukar menjadi warna merah jambu,’ kicaunya seperti yang dilaporkan beberapa media Britain baru-baru ini.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, syarikat komestik berkenaan meminta wanita itu menghubungi pusat khidmat nasihat Lush Comestic untuk bantuan khidmat nasihat.

Selepas diteliti, perkara tersebut terjadi disebabkan wanita berkenaan tersalah guna dan tidak membaca arahan penggunaan produk kosmetik tersebut.

Abi menjelaskan, dia tersalah faham tentang cara penggunaan produk yang dinamakan ‘Razzle Dazzle’ itu.

“Cara penggunaan produk berkenaan ialah dengan melarutkan ia ke dalam air, namun saya telah menyapu ke seluruh badan dan muka kerana menyangka cara penggunaannya adalah seperti sabun.

“Namun selepas tiga hari dan mandi, saya tidak lagi berwarna merah jambu,” katanya. – Metro.uk


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post