Baju Jadi Bahan Ketawa, Rizalman ‘Back Up’ Fafau


ANUGERAH Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret dijulang sebagai pemenang anugerah muzik berprestij itu.

Namun seperti biasa, ibarat rumah dah siap tapi pahat masih lagi berbunyi, itu yang terjadi apabila ramai pihak memberi kritikan terhadap busana yang digayakan pengacara AJL30, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau.

Kebanyakan netizen mengkritik pakaian yang dipakai Fafau seperti ayam belanda dan plastik sampah.

‘Bengang’ dengan kritikan itu, Rizalman Ibrahim selaku pereka fesyen busana tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Sebenarnya jelas Rizalman, baju yang dipakai Fafau bukanlah direka khas untuknya sebaliknya hos itu sudah kesuntukan masa mencari pakaian sehingga akhirnya mengambil keputusan menyarung gaun ready made yang tergantung di rak butik pereka fesyen tersohor itu.

 Selain Fafau, busana rekaan Rizalman itu turut dipakai penyanyi yang memenangi anugerah Vokal Terbaik, Dayang Nurfaizah. Berbanding dengan baju Fafau, gaun berwarna emas Dayang mendapat pujian daripada peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan yang cukup tertarik dengan rekaan dan perincian yang terdapat pada gaun gemerlapan itu. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post