Putrajaya – Dana AS$620 juta (RM2.03 bilion) daripada RM2.6 bilion telah dipulangkan kembali oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keterangan saksi yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana itu merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib dan diberikan tanpa apa-apa balasan.
“Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Peguam Negara hari ini, lapor Utusan.
Tags:
OMG