Bakal dibedah, Bung Mokhtar minta doa rakyat
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Raden memaklumkan beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan meminta rakyat mendoakan kesihatannya, lapor Free Malaysia Today, hari ini.
Respons itu dibuat bagi menafikan khabar angin yang tersebar mengatakan beliau sedang dalam keadaan tenat.
“Saya dalam keadaan baik. Tak ada bro (merujuk kepada dakwaan),” jawabnya ringkas.
Beliau turut menghantar sekeping gambar bagi membuktikan dirinya sihat.
“Inilah keadaan saya bro (berujuk kepada gambar yang dihantar)” katanya sambil menunjukkan isyarat bagus.
Namun, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu tidak mendedahkan penyakitnya.
Sementara itu, Zizie Ezzette ada berkongsi paparan skrin perbualannya dengan Bung Mokhtar melalui laman Instagram dua hari lalu.
“Rasa cemburu pula tengok Sam dan Tilla ‘sweet; sangat nak kahwin. Tiba-tiba hati teringat pada suami yang jauh nun di sana.
“Kita pun nak ‘bersweet’ juga dengan suami kita. Hahaha. Hilang rindu,” tulisnya pada perkongsian paparan skrin perbualan aplikasi Whatsapp.
Melalui laporan sebelum ini, Zizie memberitahu mereka telah meraikan enam tahun usia perkahwinan mereka pada Disember lalu di China dan terpaksa ulang-alik sejak tiga bulan lalu.
Sumber : Sinar