Sepasang suami isteri menghabiskan masa dari jam 7 pagi hingga tengah malam dengan tekun dan sabar untuk melekatkan semula 140,000 yuan (RM93,000) yang disiat ayah lelaki terbabit.
Pasangan dari Liaoning itu akhirnya berjaya melekatkan semula wang berkenaan dalam tempoh dua bulan.
Wang itu sebahagian daripada hasil jualan rumah bapa lelaki terbabit, Chen, 85, berjumlah 200,000 yuan (RM133,000).
Kerana mahu mengajar anaknya bahawa ketaasuban masyarakat terhadap wang sebenarnya tidak bermanfaat, dia menyiat sejumlah besar wang itu menggunakan mesin penyiat kertas.
“Lupakan saja wang itu!” katanya kepada pasangan itu yang nyata terkejut dengan perbuatannya.
Anaknya berkata, dia sebenarnya cuba memujuk ayahnya menyimpan wang hasil jualan rumah itu di dalam bank disebabkan jumlahnya terlalu banyak.
“Saya tidak sangka dia bertindak seperti itu,” katanya.
Namun, wang berjumlah 60,000 yuan (RM40,000) tidak sempat disiat, membolehklan pasangan itu menyimpan wang berkenaan di dalam bank.
Katanya, ayahnya itu berbeza daripada orang lain kerana tidak mementingkan wang.
Sumber : Metro