Bengang Jem Roti Habis, Kepala Isteri Dijadikan Mop


SEORANG lelaki di Fruitland Park, Florida, Amerika Syarikat, ditahan pihak polis kerana menggunakan kepala isterinya untuk mengelap lantai rumah.

Kejadian pelik ini bermula apabila suspek, Keith Davidson, mencari jem untuk disapukan pada roti di rumahnya. Namun dia berang apabila mendapati kesemua jem yang ingin dimakan telah habis.

Disebabkan itu, dia dan isterinya bergaduh sehingga susu di meja makan terjatuh dan tumpah ke atas lantai.

Ini membuatkan Keith bertambah marah lalu bertindak menggunakan kepala dan rambut isterinya untuk mengelap sisa susu yang tertumpah tersebut.

Isterinya yang mengalami kecederaan akibat keganasan menelefon talian kecemasan 911 membuatkan pihak berkuasa datang lalu menahan Keith untuk didakwa atas tuduhan mendatangkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

Post a Comment

Previous Post Next Post