"BERCUTI BERSAMA KEKASIH ADALAH PERKARA KECIL" - SHERRY IBRAHIM


Pasangan pelakon Sherry Ibrahim dan Fattah Amin memang sudah lama bercinta.. Tak pasti sudah beberapa tahun, tapi pasangan ini jarang terpalit kontrovesi yang memburukkan nama mereka..

Jarang dengar mereka mengalami konflik sepanjang percintaan mereka.. Terbaru, Miss A mendapat tahu mereka telah pergi bercuti ke Bali bersama-sama.. Tindakan mereka pergi bercuti bersama-sama, agak kurang disukai oleh peminat mereka..

Tetapi bagi Sherry, bercuti bersama kekasih adalah satu perkara kecil dan tak perlu pun untuk diperbesarkan.. Ini kerana menurut Sherry, mereka bercuti di Bali bukan hanya berdua.. Pemergian mereka disertai beberapa lagi rakan mereka yang lain.. Malah tujuan asal mereka berada di Bali adalah untuk menyelesaikan urusan perniagaan, sebelum mengambil keputusan untuk bercuti di sana..

Tak kisah tak pergi berdua ke, pergi ramai-ramai ke.. Lebih elok kalau nak pergi bercuti tu, pergilah dengan lelaki yang sudah sah bergelar suami.. Kita ni orang Melayu, yang penuh adat sopan.. Agak kurang ‘manis’ melihat pasangan bercinta pergi bercuti bersama-sama..

Kan bagus kalau setiap aktiviti itu dilakukan bersama bila sudah bernikah.. Boleh jadikan aktiviti ‘honeymoon’.. Ini tidak, kalau artis bercinta saja, mesti selalu buat aktiviti bercuti bersama kekasih.. Bercuti bersama keluarga sendiri bila pula? -sempoii.blogspot

Post a Comment

Previous Post Next Post