'Bila Dah Sampai Masa, Rumah Pun Dalam Tanah'


Barulah terasa betulnya bila dah melihat sendiri orang terdekat. Arwah member memang rajin bekerja. Umur 22 tahun sudah memiliki dua buah kereta dan dua buah motosikal yang dibeli secara tunai. Tetapi bila sampai masa, semua itu dia tinggal. 

Tengok proses dikebumikan, terbayang-bayang dalam kepala otak ini. Hari ini aku kerja pagi petang,cari duit. Kadang-kadang sambung ke malam, semata-mata mengejar harta dunia, teringin nak pakai itu ini. Sampai solat 5 minit pun aku tak endah. 

Nak kata 15 kali satu hari, tak juga. 5 waktu saja pun. Jahilnya aku. Itu yang wajib, belum lagi yang sunat. 

Bila dah sampai ajal, semua itu dia tinggalkan. Tiada nilai, amalan saja yang dia bawa. Sekarang bantal pun tanah, baju pun kain kapan, perfume pun kapur barus, rumah pun dalam tanah dengan selut dengan lecak, dinding pun papan, lampu pun tak ada dan hanya ditemani gelap gelita. Tinggallah seorang diri menunggu kehadiran malaikat utusan Allah.

Tak dapat bayangkan, apa pula nasib aku nanti. Allahurabbi. Semoga pemergian kau menjadi titik permulaan keinsafan dalam diriku ini. - Aza radzali | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post