'Kalau Elizad Bukan Duta, Memang Taklah Beli Produk Qyra Beauty' - Alina


Ogos tahun lalu, Siti Elizad telah dilantik sebagai duta bagi produk pelansingan dan kecantikan Qyra Beauty Care. Bagaimanapun, kontraknya telah pun dibatalkan. 

Lapor mStar Online, pembatalan kontrak Elizad sebagai duta Qyra Beauty Care itu adalah kerana peselisihan faham. 

Elizad mendakwa pihak Qyra Beauty tidak memahami kerjayanya sebagai artis, selain dari menyekat peluangnya untuk mendapat pendapatan iklan produk lain melalui laman Instagram miliknya.

Qyra Beauty telah menghantar surat peguam kepada Elizad untuk membatalkan kontrak tersebut. Difahamkan, Elizad pernah cuba berbincang dengan pemilik produk berkenaan, tetapi gagal. 

"Pihak Qyra Beauty telah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya.

"Mereka melarang saya mempromosi produk lain yang bukan pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi pelangsing sahaja," katanya. 

Ekoran itu, Elizad kini akan lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran menjadi duta produk di masa akan datang. 

Sementara itu, di laman Instagram Qyra Beauty Care pula memuat naik gambar mencari duta baru yang menyelitkan syarat-syarat yang dilihat seperti melepaskan kemarahan. 
  1. Menutup aurat
  2. Berperibadi baik
  3. Boleh mengikut & faham dengan kontrak
  4. Tidak bermulut jahat
  5. Berkelulusan dan bijak
  6. Hipokrit tidak akan dilayan sama sekali
  7. Pelakon adalah dilarang sama sekali untuk memohon tawaran ini!


Peminat tegar Siti Elizad terkejut dengan syarat yang ditetapkan Qyra Beauty Care itu, mengkritik sikap tidak profesional.

"Kenapa dah tak ada Elizad Sharifuddin? Saya beli produk ini pun sebab dia. Kalau dia takde, tak naklah beli," kata Noor

"Apa?! Elizad Sharifuddin bukan jadi duta lagi ke? Memang taklah saya nak beli lagi produk awak ini. Saya beli sebab utamanya Elizad Sharifuddin sahaja!," kata Alina Baharuddin. 

Serangan peminat tegar Elizad itu menyebabkan pengendali laman Instagram Qyra Beauty 'panas' lalu membalas kenyataan Alina. 


"Anda beli ke? Tak tahu pula. HQ tak ada pun rekod awak. Tak nak beli tak apa, tak ada paksaan. Yang penting kami tak tipu duit customer di mana duit dah bank barang tak dapat dan bila customer bising, kata customer itu penipu. Kami tak suka benda-benda macam itu dilakukan pada customer kami dan kami tak suka orang memperbodohkan customer kami," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post