'Cikgu, Saya Tak Ada Duit Lagi Untuk Bayar Semua Ini'

Cerita ibu bapa orentasi Tingkatan 1 30 Disember - 31 Disember 2015.

Saya guru kelas. Duty ke-empat mengurus hal kewangan kelas. Semalam, ada lima orang bapa yang mana mereka menganggur sekarang. Ada yang VSS disebabkan ekonomi.

Bila tengok senarai perkara yang perlu dibayar adalah berjumlah RM200. Ada yang menenung lama senarai yang diberikan. Ada juga yang bertanya kepada saya apa yang paling wajib dibayar dulu.

Saya beritahu, buku dan juga beberapa benda yang lain.

Si bapa pun mula bercakap, "Cikgu, saya tak ada duit lagi untuk bayar semua ini. Ada anak yang baru masuk darjah 1, darjah 4 dan darjah 6. Ini bermakna ada 4 anak yang sedang bersekoloah. Dalam kocek saya sekarang hanya ada RM60 sahaja,".

"Okay, encik belilah lencana RM3, tali leher RM10 dan buku RM12. Cukuplah sekadar itu dulu. Yang lain-lain itu boleh dikemudiankan," balas saya padanya.

Bukan hanya si bapa yang meluahkan masalah yang sama, malah ada juga ibu-ibu yang turut mengalami masalah yang sama.

"Cikgu, saya surirumah sahaja. Suami saya tak bekerja sekarang..." luah mereka panjang lebar yang cukup setakat ini saya kongsikan.

Lebih kurang ada 6 orang yang mengalami masalah duit semalam. Kelas saya ada 21 orang pelajar. Terkial-kial mereka cuba memotong perbelanjaan semalam menyebabkan saya terasa sangat sedih melihat keadaan itu.

Sebagai guru, saya banyak mendengar liku-liku cerita keluarga dan murid. Moga tahun 2016 ini segalanya semakin baik. - Kizii Jasminee

Post a Comment

Previous Post Next Post