Dalam kekecohan bom di Jakarta, polis ‘ganteng’ ini jadi tumpuan

Dalam kekecohan bom di Jakarta, polis ‘ganteng’ ini jadi tumpuan

 

Insiden pengeboman di Jalan Thamrin, Jakarta, Indonesia, semalam menyaksikan seorang pegawai polis ‘ganteng’ memakai seluar camo Adidas dan beg silang jenama Coach serta berkasut Gucci sambil berlari memegang pistol menjadi tumpuan.

Dalam kekecohan bom di Jakarta, polis 'ganteng' ini jadi tumpuan

Dalam kekecohan bom di Jakarta, polis ‘ganteng’ ini jadi tumpuan

Ini kerana, gambar pegawai polis itu tersebar dan dikongsi dengan hashstag #polisiganteng, #KamiTidakTakut dan #KamiNaksir sebagai tanda keberanian rakyat berdepan aktiviti keganasan dan kewibawaan pasukan keselamatan Indonesia.

Pegawai polis itu dikenali sebagai Teuku Arsya Khadafi, namun disalah anggap sebagai Rino Soedarjo.

Menurut portal Majalah Berita 855, Arsya adalah lulusan Akademi Kepolisan pada 2003.

Di Polis Daerah Metro Jaya, Arsya kini memegang jawatan Ketua Unit 3 Subdit Resmob Direktorat Reserse Kriminal Umum (Ditreskrimum).

Dalam kalangan wartawan, Arsya mempunyai hubungan yang akrab dengan media dan sering muncul di kaca televisyen.

Sumber : Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post