Dato Seri Vida Dedah Rahsia Terbesar Untuk Jadi Jutawan


Dato Seri Vida Dedah Rahsia Terbesar Untuk Jadi Jutawan


Pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau nama gelarannya Datuk Seri Vida telah mendedahkan rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.

Sebelum ini ramai yang kagum dengan kejayaannya Dato Vida sehingga mampu memiliki rumah bernilai 22 juta. Boleh lihat DI SINI

Ini pendedahan, rahsia kejayaannya:

 “Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” 

“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,”

Datuk Vida kata, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.

Semoga dapat jadi pengajaran buat orang ramai untuk berjaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post