'Dia Suruh Saya Drive Ke Tempat Yang Sunyi'


Gambar - cikselampit.blogspot.com

Dulu selepas PLKN, bapa aku suruh ambil lesen memandu. Sewaktu daftar, aku memohon guru perempuan. Hari pertama cikgu perempuan mengajar dan hari kedua, separuh masa cikgu lelaki mengajar sebab ada seorang cikgu lelaki ini menawarkan diri untuk mengajar aku. 

Aku memang tak nak cikgu lelaki tetapi cikgu yang perempuan ini macam ada hal penting pada waktu itu. Jadi aku terima saja walaupun berat hati. 

Cikgu lelaki ini terus suruh aku drive, dia bawa aku keluar daripada litar driving school itu. Mujur aku well versed tempat yang dia bawa aku itu, dia bawa ke tempat yang sunyi, memang tak ada orang kalau waktu kerja. Tempat itu jauh daripada taman perumahan, jauh dari pekan. Tempat itu seperti tempat riadah/jogging. Aku memang sangat berhati-hati, korang boleh panggil aku paranoid tetapi aku memang diajar untuk over-protective pada diri sendiri. 

Nak dijadikan cerita, dia suruh aku drive sampai ke dalam tempat itu. Aku tahu kalau jadi apa-apa memang aku tak selamat. Jadi aku buat-buat terbabas ke tepi sikit dalam perjalanan itu. Cikgu itu bagi kata-kata semangat kononnya aku boleh drive dan boleh cuba dan teruskan lagi.

Cikgu itu nampak macam baik tetapi...

Aku pun drive semula ke atas jalan raya. Dia pun tiba-tiba buka cerita. Dia tanya umur aku, tinggal di mana, SPM dapat berapa semua, soalan-soalan biasa. Then dia tanya aku dapat sambung belajar di mana, aku jawablah UIA. Dia pun mula buka cerita dan tanya sama ada ku nak tahu tak rahsia tentang UIA ini?

Dia pandang muka aku yang tengah fokus drive. Pandangan yang creepy, aku iyakan saja. Dia pun beritahulah yang UIA ini ramai budak-budak gay dan lesbian.

"Saya bukan nak tipu awak, cuba awak dengar cerita saya dulu," katanya yang sebelum ini membahasakan dirinya sebagai cikgu tiba-tiba membahasakan dianya Saya. 

Selepas itu dia mula bercerita tengan perkara yang tidak senonoh, yang tidak sepatutnya dibualkan dengan perempuan. Aku baca ayat kursi banyak-banyak dan Allah kuatkan aku untuk potong cerita dia. Aku ajak cikgu itu patah balik, Alhamdulillah dia okay saja dan tak ada apa-apa yang terjadi pada aku.

Aku tak pernah cerita pada mak bapa aku tentang hal ini sebab aku tak nak mereka risau. Ini fikiran aku di waktu aku berumur 18 tahun dulu. Korang tahu tak yang aku bukan orang pertama. Aku ada dengar cerita yang orang report dia pernah meraba pelajar di situ. Cuma pihak driving school tak boleh buang dia sebab tiada bukti. 

Bila aku masuk UIA, dua orang kawan aku yang dah ambil lesen menceritakan yang mereka pernah kena raba dengan cikgu memandu sewaktu mereka mengambil lesen memandu. Tetapi mereka tidak pernah mengadu pada sesiapa. Bila mereka mengadu perkara itu pada pihak sekolah memandu, cikgu itu masih tidak ditahan sebab tiada bukti.

Perkara ini bukan berlaku di driving school saja, banyak lagi tempat yang korang tak tahu. Perempuan-perempuan yang jadi mangsa raba diorang ni. Diorang sentuh paha waktu tengah brake, kononnya suruh kita berhati-hati. Pegang tangan kita waktu kita memandu, kononnya nak mengajar. Selak kain kita untuk tengok kita pakai kasut apa. Diorang ambil kesempatan di atas kapasiti kita sebagai pelajar baru.

Aku harap ibu bapa di luar sana, prihatin waku menghantar anak-anak anda ke sekolah memandu. Aku tahu ramai cikgu lelaki yang mengajar memandu. Tetapi usahakan kalau boleh dapatkan cikgu perempuan. Sekolah memandu dan pihak polis mungkin boleh usahakan sesuatu supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.

Aku nasihatkan pada pelajar-pelajar perempuan, bawalah senjata apa-apa saja dan letak di tempat yang senang nak capai. Aku cadangkan korang pakai handsocks dan letak pisau kecil dalam handsock kau sebelah atas tangan (bukan di tempat nadi). Kalau terjadi apa-apa, at least kau boleh ugut cikgu gatal itu dengan pisau tetapi janganlah sampai terbunuh cikgu-cikgu gatal ini. Ini Malaysia, nanti kau pula yang kena hukum gantung. - Hazel Bram / THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post