DIGELAR PEREMPUAN PERAMPAS, MARIA FARIDA RASA SEDIH


Sehingga ke hari ini terdapat lagi komen berbaur penghinaan yang ditujukan buat Maria Farida, 45, apabila ada yang masih tidak senang melihat kebahagiaan dirinya bersama Datuk Rahman.

Sebelum atau selepas berkahwin dengan Datuk Rahman, Maria tidak boleh lari daripada kontroversi sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perampas.

Maria yang tidak mahu dirinya terus dikecam dan dihina, telah meluahkan rasa sedihnya terhadap mereka yang mengkritiknya walaupun tidak mengetahui perkara yang sebenar. Buat Maria mengapa soal jodoh beliau harus dipersoalkan.

Digelar Perampas - Maria Farida Luah Rasa Sedih & Pilu3

"Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi," ujar Maria dipetik sebagai berkata.

Digelar Perampas - Maria Farida Luah Rasa Sedih & Pilu1

Mengulas kenapa beliau mengambil pendekatan mengadakan perkahwinan secara tertutup, kata Maria, itu semua kehendak suaminya yang menginginkan sedikit privasi.

"Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat. Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran," jelasnya. - OHMYMEDIA

Post a Comment

Previous Post Next Post