#ExolusionInMalaysian: Sanggup Beratur 5 Hari Awal!

Seorang peminat tegar kumpulan terkenal Korea, EXO, dikenal sebagai Jayleen, sanggup beratur sejak Isnin lalu demi menjadi orang pertama mendapatkan tiket konsert kumpulan kegemarannya itu sebaik saja kaunter tiket hari pertama dibuka pada hari ini bertempat di pusat membeli belah, Sogo, Kuala Lumpur.
Jayleen, 18, ketika ditemui berkata, dia sangat teruja, gembira dan lega apabila usaha gigihnya selama lima hari berbaloi.
JayleenJayleen
"Saya sangat gembira dan tidak sabar mahu menyaksikan konsert EXO nanti dan anggota yang paling saya minat ialah Chanyeol.
"Sejak Isnin lalu saya sudah mula datang dan beratur di sini. Saya nekad mahu beratur awal sebaik saja penganjur mengumumkan tarikh penjualan tiket. Selepas mendapat kebenaran ibu bapa saya, saya terus datang ke kuala lumpur," kata gadis berasal dari Negeri Sembilan ini kepada Malaysian Digest.
Kongsi gadis yang juga sedang menanti keputusan Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM) ini lagi, dia hanya meninggalkan tingkat di mana tiket dijual hanya untuk pergi membeli makanan dan menumpang mandi di hotel berhampiran.
"Saya hanya tinggalkan tempat ini untuk pergi makan dan menumpang mandi di hotel berdekatan kemudian saya datang beratur semula di sini.
"Hari ini saya membeli tiket Rock Zone dan untuk kawan-kawan saya pula tiket di bahagian Cat 1, Cat2 dan Cat 4, " katanya dengan nada teruja,"tuturnya.
Sementara itu dua lagi peminat tegar yang mahu dikenali sebagai Mew dan Cristyal memberitahu, mula beratur sejak Selasa lalu.
Mew dan CristyalMew dan Cristyal
"Kami lewat sikit, kami mula beratur di sini pada Selasa,..Tak.sabar tunggu Mac nanti,"kata Mew.
Selain itu, pasangan anak beranak, Mr. Yap dan anak perempuannya juga antara yang terawal mendapatkan tiket.
Mr. Yap dan anak perempuannyaMr. Yap dan anak perempuannya
"Saya datang teman dan belikan tiket untuk anak saya. Sejak semalam kami beratur. Saya juga mungkin akan pergi menonton konsert nanti, kata Yap sambil tersenyum.
Sementara itu perkarangan Sogo dibanjiri lebih 2000 peminat yang mula beratur sejak Jumaat. Kaunter tiket dibuka jam 11 pagi Sabtu.
Ditubuhkan sejak 2011, kumpulan EXO yang asalnya dianggotai oleh 12 ahli dan kini sembilan terdiri daripada Xiumin, Lay, Suho, Kai, Sehun, D.O, Chanyeol, Chen dan Baekhyun.
Dari kiri: Chanyeol, D.O., Lay, Baekhyun, Kai, Suho, Xiumin, Chen, Sehun. Gambar: SM EntertainmentDari kiri: Chanyeol, D.O., Lay, Baekhyun, Kai, Suho, Xiumin, Chen, Sehun. Gambar: SM Entertainment
Kumpulan ini popular dengan lagu seperti Song For You, Love Me Right, Call Me Baby, Wolf, Growl dan Mama.
Ini merupakan kali keempat EXO membuat persembahan di Malaysia dan merupakan konsert solo pertama mereka di sini. EXO sebelum ini pernah menjayakan konsert Asia Super Showcase in Malaysia, Golden Disk Awards 2013 dan MTV World 2014.
Dianjurkan oleh Star Planet Sdn Bhd, konsert solo 'EXO Planet #2 The EXO'luXion World Tour in Malaysia' bakal berlangsung pada 12 Mac depan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Tiket-tiket berharga RM688, RM548, RM428, RM348, RM328 dan RM208.

Post a Comment

Previous Post Next Post