Pernah dengar orang cakap, kata-kata kita boleh buatkan sesetengah pihak salah faham? Nak sampai benda lain.. Tetapi, lain pulak yang orang lain faham.. Seperti kata-kata yang diucapkan oleh Nur Fazura semasa mempromosikan filem 'Langit Cinta'.
Filem ‘Langit Cinta’ adalah satu filem tempatan yang pertama menjadi pembuka tirai untuk tahun 2016. Filem itu bakal ditayangkan di pawagam berhampiran bermula 7 Januari 2016.. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha dan ramai lagi.
Walaupun, baru menonton ‘trailer’ filem tersebut, ramai peminat Fazura memaklumkan lakonan pelakon itu telah membuatkan ramai orang merasakan bagaimana peritnya merindu.. Bagi Fazura, dia banyak berterima kasih kepada Ogy Ahmad Daud kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepadanya.
Alkisah Fazura ‘ditelanjangkan’ terjadi, bila ada pihak sudah salah faham dengar kenyataan yang dikeluarkan Fazura pada media.
“Saya banyak belajar aspek lakonan daripada Kak Ogy. Dia telah “mentelanjangkan” saya untuk membawakan watak Khadeja. Untuk membawakan watak Khadeja memang satu proses yang sukar.
Ia memainkan emosi yang mendalam. Khadeja meragut jiwa raga saya. Penat menangis itu suatu perkara. Tetapi saya terima kasih kepada Osman Ali, selaku pengarah yang banyak membantu saya memberi dengan lebih untuk watak Khadeja”, cerita Fazura..
Mungkin apa yang cuba disampaikan Fazura ialah, ‘Kak Ogy telah membuatkan dia menjiwai watak Khadeja’.. Ayat ‘mentelanjangkan’ tu memang boleh jadi ‘double meaning’..
Diharapkan lepas ni, Fazura akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.. Bahaya woi ayat macam ni.. KimK betul lah!
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |