BERGELAR pemandu teksi, bermakna anda perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan daripada pelbagai lapisan usia dan bangsa.
Baru-baru ini kecoh di London apabila seorang pemandu teksi wanita diludah pelanggannya serta dilemparkan dengan perkataan kesat, babi.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemandu itu meminta salah seorang daripada pelanggan untuk segera menutup pintu teksi kerana hujan.
Namun, tak semena-mena penumpang di bahagian hadapan menjadi baran dan menyuruh wanita itu ‘diam’.
Pergaduhan dan perbalahan mulut tercetus sehingga memaksa pemandu wanita itu yang dikenali sebagai Kris meminta pelanggannya keluar dari teksinya.
Bengang dengan perkara itu, penumpang hadapan terus meludah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Demi mempertahankan haknya, Kris melaporkan hal yang memalukannya itu kepada pihak polis. – MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG