(GAGAL DISELAMATKAN) Fiza Elite Dan Adam Bercerai Kali Kedua


(GAGAL DISELAMATKAN) Fiza Elite Dan Adam Bercerai Kali Kedua


Nampaknya perkahwinan antara dua selebriti popular iaitu Fiza Elite dan Adam AF tidak berkekalan apabila mereka berdua bercerai untuk kali kedua.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Fiza kepada BH Online, dan berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah.


Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 dan tidak mempunyai anak bersama. pasangan ini pernah menjadi tumpuan apabila pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk semula pada tahun sama. 


Tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi. Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. 

Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Fiza berkata, dia sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga mereka. 


Ini komennya:

"Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri. 

"Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. 

"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula,"

"Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan. 

"Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta. "Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri," 

"Saya buat solat istikharah dan minta petunjuk daripada Tuhan. Keputusan lebih condong kepada perpisahan," 

"Tetapi semakin dicuba, semakin jauh perasaan itu. Sekitar Ogos tahun lalu, kami sebumbung tetapi tinggal dalam bilik berbeza. 

Fiza Elite kini sudah habis tempoh edah pada 31 Disember lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post