'Gaji Ayah Habis Untuk Bayar Hutang, Kami Terpaksa Makan Ubi Kayu'


"Saya orang miskin. Saya selalu bawa duit RM1.00 sehari. Kalau ada Fardu Ain, saya bawa RM2.00. Ayah saya pula bekerja rumah batu. Ayah saya selalu berhutang dengan orang. Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya pergi bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan. Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu. Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi kat adik saya. Kalau saya tak makan pun tak apa,"

Demikian karangan pendek yang ditulis oleh seorang pelajar sekolah yang dikirimkan oleh gurunya kepada Raja Shamri, aktivis sukarelawan yang gemar membantu orang susah. 


"Hati ini sebak dan tiba-tiba rasa gelisah memenuhi diri. Kerana luahan seperti inilah saya tidak akan berhenti," katanya yang mengajak orang ramai bersama dirinya membantu golongan orang susah yang ramai di luar sana. 

"Kepada cikgu yang post karangan ini kepada saya, inshaAllah, beritahu adik ini no more ubi kayu after this. Abang Raja dan seluruh keluarga besar third force akan ambil adik ini jadi anak angkat. 

"Err... dah berapa lama kita merdeka ya?" soalnya. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post