'Korang Takde Hak Kata Najib Pergi Umrah Buat Wayang'


Aku pun tak berapa suka Datuk Seri Najib Razak tetapi kalau dah dia pergi umrah pun kau caci dia:
  • "Wei, lu ingat pergi umrah ini boleh bikin cuci dosa ka? Manusia pun tak terima lu, ingat Tuhan terima ke?"
  • "Lakonan alim-alim kucing saja si bangsat ini. Balik dari Mekah kang, jadi setan balik dia ni,"
  • "Muat ke rambut si Rosmoh itu kalau pakau telekung? Kakakaka!"
  • "Ini semua nak perhatian dunia ni. Nak cover la tu. Ingat rakyat bodoh macam kau ke Jibby oi?"

Dan bermacam-macam lagi kutukan dan cacian ke atas keluarga beliau. 

Ada perkara yang perlu kau kena fikir. Kita akui perbuatan dan pimpinannya banyak menyusahkan rakyat Malaysia dalam 3 ke 4 tahun kebelakangan ini. Tetapi apabila masuk sahaja bab ibadah umrah dan solat, secara automatik perbuatan dia direct terus kepada Allah. Kau tak ada hak nak kata dia buat wayang dan kau tak ada hak kata Tuhan tak terima ibadah umrah dia. 

Soal pemerintahan dia, ya kita ada hak untuk mempertikaikannya. Tetapi ibadah dia, ritual agama dia kepada Tuhan, bukan kita yang perlu pertikaikan. Masalah kita adalah kita menganggap diri kita seperti Tuhan. Lagi teruk, kita menganggap Tuhan itu seperti manusia. 

Kau adalah sebab kenapa kita semua mendapat pemimpin seperti itu. - Muhammad Farid Wajdi Hanif | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post