Gambar: Hari Pertama Putera George Di Nurseri

ISTANA Kensington semalam memuat naik status mengenai putera kesayangan ramai, Putera George yang pertama kali menjejakkan kakinya ke sebuah nurseri di Norfolk, England.

Putera George merupakan putera sulung kepada pasangan Duke Of Cambridge, Putera William dan isteri, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton.

Putera George juga merupakan pewaris ketiga kepada takhta pemerintahan diraja Britain selepas nendanya, Putera Charles dan ayahandanya sendiri, Putera William.

Ternyata gembira dengan hari pertama anaknya di Westacre Montessori School Nursery, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton turut berkongsi dua keping gambar anaknya itu di pusat jagaan tersebut.

Tujuan penghantaran putera kecil ini adalah untuk memudahkan beliau membiasakan diri dengan keadaan sekeliling yang berbeza sebelum melangkah masuk ke pusat pendidikan seterusnya.

Selain itu, pusat jagaan Montessori ini merupakan sebuah pusat bimbingan dan pertumbuhan kanak-kanak dan kurikulumnya pula diasaskan oleh seorang guru terkenal dari Itali, Maria Montessori.

Semoga Putera George akan dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baharu seperti kanak-kanak yang lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post