Hairul Azreen Idamkan Anak Lelaki, Turut Kena Alahan Mengandung

Baru saja mengumumkan bahawa isteri tercinta sudah pun mengandung empat bulan Disember lalu, Hairul Azreen mengakui dia teringinkan anak lelaki namun dalam masa yang sama redha menerima apa jantina anaknya itu nanti.


“Sebenarnya saya teringin anak lelaki, namun saya juga tidak kisah mengenai jantina anak tersebut nanti,” kata Hairul kepada Kosmo! Online. Malah Hairul juga turut terkena alahan orang mengandung – apabila Hanis kerap muntah-muntah,dia pula kerap berasa penat sejak isterinya itu mengandung anak pertama.

Selain itu, tambah Hairul dia mahu membesarkan anaknya dengan cara yang baik dan bukannya dilimpahi dengan kemewahan. Malah, azam tahun 2016 pelakon ini juga turut disertakan dengan niat untuk membimbing anaknya ke jalan yang benar.

“Tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 saya menyimpan azam setiap awal tahun dan ia tercapai. Untuk tahun 2016 ini saya berazam untuk membimbing anak saya ke syurga. Insya-Allah,” katanya. Semoga segala persiapan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan dan berjalan lancar.

Post a Comment

Previous Post Next Post