Hati-hati, siswa: Makin banyak majikan tidak pandang ijazah anda

Syarikat-syarikat ternama kini mula mengalih asas penilaian pengambilan pekerja, tidak lagi mengutamakan ijazah yang diperolehi dengan penat lelah di universiti.

Gejala baru di kalangan majikan berpengaruh ini menimbulkan tanda tanya kepada pencari kerja dan pentadbir universiti sama ada berbaloi mendapatkan pengajian tinggi, lapor portal News.com.au.

Hati-hati, siswa: Makin banyak majikan tidak pandang ijazah anda

Hati-hati, siswa: Makin banyak majikan tidak pandang ijazah anda

Syarikat penerbitan tersohor Penguin Random House minggu ini memutuskan untuk menggugurkan ijazah daripada syarat pengambilan kakitangan, mengikut tindakan firma-firma audit terkenal Ernst and Young dan PricewaterhouseCoopers.

Majikan-majikan dilaporkan tidak lagi mengutamakan lulusan universiti dengan andaian graduan kini “tidak mempunyai kemahiran sebenar” atau diajar perkara-perkara yang salah.

Penguin menjelaskan bahawa keputusannya itu bagi menjadikan “dunia penerbitan lebih merangkumi [pelbagai bakat pekerja] berbanding sebelumnya.”

“Walau graduan masih boleh memohon kerja, mereka yang tidak melalui pengajian tinggi tidak lagi dinafikan peluang bersama kami,” kata syarikat itu. “Ringkasnya, jika anda seseorang yang berbakat dan ada potensi, kami mahu mendengar daripada anda.”

Tindakan syarikat-syarikat terkenal ini membimbangkan penyedia pendidikan tinggi walau ia melegakan pelajar yang tertekan atau tidak mendapat markah baik dalam jurusan yang diambil.

Nilai pengajian tinggi perlahan-lahan tidak diberikan perhatian utama di Australia sejak 10 tahun lalu. Peluang pekerjaan di kalangan lulusan universiti merosot teruk saat ini, sejak kemelesetan ekonomi pada 1992-93, lapor portal itu lagi.

Tinjauan Kerjaya Graduan Australia 2015 menunjukkan 25 peratus lulusan ijazah gagal mendapatkan kerja dalam tempoh empat bulan selepas tamat pengajian. Gaji graduan juga makin lama makin sedikit, mereka kini dibayar lebih murah berbanding sebelumnya.

Sementara kemahiran diri, selain kelulusan rasmi, seperti perwatakan menarik, mudah suai diri, kemahiran digital dan anjal dalam pengurusan masa semakin diberikan perhatian.

Ernst and Young tidak lagi berminat mengetahui butiran akademik dan pendidikan di borang calon kakitangannya.

Rakan kongsi firma itu Maggie Stilwell berkata strategi pengambilan pekerja kini ke arah “membuka peluang atau mencari individu berbakat tanpa mengira latar belakang [pendidikan rasmi].”

Kate Carnell, ketua pegawai eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Australia, pula berkata majikan mendapati pemuda dalam lingkungan usia 20-an sekarang sudah semakin layak.

Graduan yang berbekalkan ijazah bagaimanapun dilaporkan “terasing daripada rakan sekerja.”

“Sejumlah anggota kami selalu merungut bahawa pelajar yang tamat pengajian atau lulus program latihan mungkin ada kemahiran teori, tetapi tiada kemahiran langsung untuk bekerja,” kata Carnell.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post