Pertama sekali, syukur alhamdulillah kerana Allah memberi keberkatan pada hidup saya selama ini. Amin.
Saya ternampak pasangan ini yang sedang memakai baju hutan untuk menempuh hujan lebat. Ini adalah perbualan di antara mereka berdua.
"Kita tunggu sekejaplah sayang. Hujan lebat sangat ni," kata si suami.
"Kalau tunggu, takut lambat nak ambil Aishah," ujar isteri yang saya percaya mereka maksudkan anak gadis mereka.
"Call la Kak Nah. Cakap kita datang lambat sikit. Suruh dia bagi Aishah makan dulu ke apa," balas si suami.
Lalu si isteri menuruti arahan lelaki itu dan menghubungi Kak Nah.
"Dah call, Kak Nah kata okay," katanya.
Beberapa minit kemudian selepas masing-masing termenung melihat hujan, si isteri berpaling pada suaminya dan berkata, "Kalau kita ada rezeki lebih tahun ini, kita belilah kereta secondhand ye bang,".
"InshaAllah sayang, nanti abang usahakan. Senanglah juga kita tetapi nanti bil air kita pula naik pasal dah tak mandi hujan," seloroh lelaki itu menyebabkan si isteri ketawa.
Biarpun hidup tidak seberapa, namun pasangan ini masih mampu ketawa dan senyum bersama. Itulah keluarga yang bahagia sebenarnya. Moga Allah memberkati awak dan keluarga dengan rezeki yang melimpah dan gembira selalu. - Dan Shan | Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
Tags:
HyM