Viral gambar pasangan baru ini di media sosial. Mana tidaknya, konsep kesederhanaan yang dipilih, memikat hati para gadis bujang yang agak cemburu melihat gambarnya itu.
"First time tengok pengantin simpla macam ni tetapi masih cantik. Islam menyukai kesederhanaan. Semoga Allah panjangkan jodoh hingga syurga," kata Zyela.
Menyedari diri mereka menjadi perbualan netizen, Syazwanie Yazip, tampil memberikan penjelasan mengapa mereka memilih konsep kesederhanaan untuk majlis bertandang mereka.
"Ye, memang saya buat simpla saja. Orang pegang bunga, tetapi saya pegang beg. Orang pakai mahkota besar-besar dan cantik-cantik di atas kepala, tetapi saya pakai headchain kecil saja di atas kepala. Itu pun tak berapa nak nampak. Orang tempah make up artis untuk majlis, tetapi saya make up sendiri sahaja.
"Majlis kenduri sendiri tetapi macam nak pergi majlis kenduri orang lain. Tak apa, saya tak kisah pun. Cukuplah sekadar sederhana sahaja. Janji saya dan suami cukup bahagia dengan apa yang ada. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak yang mendoakan kebahagiaan kami," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
Tags:
HyM