Kalau Isteri Buat Salah, Suami Jangan Melenting Maki Hamun Isteri'

Ini Mat nak pesan sikit pada suami-suami di luar sana termasuk diri Mat.

Jika isteri buat salah, jangan kita nak melenting maki hamun isteri, isteri akan faham beliau buat salah. Jangan bagi beliau stress, sebaliknya maafkanlah beliau.

Nak mendidik isteri ini bukan dengan marah-marah tetapi dengan kasih sayang dan yang paling penting kita sebagai suami, jadikan diri kita sebagai pendengar yang setia. Adakalanya mereka buat salah pun bersebab. Banyak benda yang mereka pendam tetapi tidak terluah. Isteri ini, perkara sekecil mana pun dia nak beritahu.

"Abang, tadi kan kita nampak lipas di dalam bilik air,"

Kebiasaannya suami akan menjawab, "Awak ini, lipas pun nak takut. Macam budak-budak!".

Jawapan seperti ini akan membuatkan isteri 'down'. Sebenarnya isteri mahukan perhatian dari kita. Sepatutnya kita menjawab begini:

"Ye ke sayang? Meh abang nak bunuh lipas itu. Kurang ajar betul intai isteri abang mandi dalam bilik air,"

Agak-agaknya bila diberi jawapan seperti ini, apa perasaan isteri?

Amekkaw! Dia masak, bertambah-tambahlah nasi kita makan. InshaAllah, kesalahan yang sama tidak akan berlaku lagi. Tidak perlu kita memarahi isteri, kalau geram sangat pun belikanlah bunga banyak-banyak dan hadiahkan kepada isteri. Tengoklah selepas itu dia marah lagi ke tak? Hilang terus bang.

Amacam? Boleh terima dengan cara saya ini? Alah, kalau kedai bunga jauh sangat, pergilah cari apa-apa jenis bunga pun asalkan berbau wangi saja. Ia nampak kecil bagi kita tetapi besar bagi isteri.

Seterusnya, jika ada masa lapang, sebagai suami masaklah untuk isteri dan anak-anak. Bagi peluang isteri berehat pula. Kita penat tak apa, yang penting jangan selalu penatkan isteri. Dari pagi sampai sebelum tidur, mereka banyak menguruskan rumahtangga lebih-lebih lagi isteri yang berkerjaya. Banyak kerja yang mereka perlu buat. Apa salahnya kita pula penat untuk isteri? Ini juga dapat membantu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Ingat bang, kita ini segalanya kena buat untuk isteri dan anak-anak. Perompak masuk rumah, kitalah orang pertama yang akan menyerah leher bang. Lebih-lebih lagi tanggungjawab kita membawa isteri dan anak-anak ke syurga Allah s.w.t.

"Jangan marah-marah isteri bang, tetapi wajib lemah lembut dengan isteri,"

Semua isteri wajib kena ucap I Love You setiap hari. Gaduh macam mana pun, wajib ucap. Marah sangat, hantar SMS I LOVE YOU!!!! - Mat Ran |

Post a Comment

Previous Post Next Post