Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Terjatuh Dalam Longkang

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Pasir Alai di sini, semalam.
  • Ramuan terdiri daripada: - 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India) - Gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (bo...
  • Petua 1 Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan , eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, l...
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata Muhammas Alif Rayyan Al-Fadilah dijumpai oleh jirannya di dalam longkang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira 3.30 petang semalam.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan tetapi gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata ibu kanak-kanak itu, Kamariah Mohamad, 43, menyedari anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di rumah kira-kira 3 petang semalam sebelum mencarinya dengan dibantu jiran di sekitar kawasan rumah mereka.
Katanya hujan lebat pada malamnya menyebabkan paras air longkang itu agak tinggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post